Mengkritik???

Terfikirkah anda yang setiap teguran yang anda berikan itu membina ataupun tidak???

Segelintir individu mendapat kepuasan dan kebahagiaan setelah menegur individu yang lain secara "pedas" di mana teguran itu mungkin mengguris perasaan individu terbabit. Bagaimana perasaan anda pabila orang lain menegur dengan kata-kata yang tidak wajar?

Bila bercakap tentang teguran, hakikatnya tiada siapa suka ditegur kerana ianya umpama satu kesalahan yang besar. Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, hatinya tetap terusik. Memang mudah bila dapat menegur dan mengkritik orang lain.

Walaupun kritikan itu membina, setiap individu itu mempunyai tafsiran yang berbeza. Teguran membina didefinasikan sebagai teguran berdasarkan matlamat tanpa melibatkan emosi dan perasaan. Teguran atau kritikan itu haruslah seimbang serta tiada niat untuk menjatuhkan maruah orang lain dengan tujuan memperbaiki setiap kekurangan yang ada.

Adakalanya amat sukar menerima teguran kerana beranggapan seseorang itu berniat tidak baik di sebalik teguran yang diberikan tetapi amat mudah menerima teguran dari seseorang yang kita hormati. Seandainya teguran itu datang daripada orang yang sukar dipercayai, maka amat sukar untuk kita menerimanya kerana ianya dianggap sebagai "cakap tak serupa bikin".

Anda mungkin boleh menerima teguran yang disulami dengan nasihat agar oerkara itu tidak berulang kembali dan mengabaikannya jika teguran yang diberikan terlalu menyalahkan serta cuba mencari kesalahan anda.

Sekiranya anda ingin menegur seseorang yang melakukan kesalahan ketika bekerja, letaklah diri anda di dalam keadaan rasional dan bukan terlalu beremosi. Ingatlah, kesilapan yang telah berlalu tidak akan mengubah keadaan tetapi sebaliknya nasihatlah tentang akibat daripada kejadian tersebut. Jadikannya sebagai panduan agar tidak berulang kembali.

Hindarilah dari menyalahkan orang lain serta menggunakan perkataan yang tidak manis didengar. Usahlah menegur dengan niat menjatuhkan tetapi tegurlah dengan niat memperbaiki keadaan tersebut. Usah mengkritik secara berlebihan kerana ia bakal mengundang permusahan.

Etika Mengkritik
~ Perlu jelas dengan matlamat kritikan kerana ia memandu ke arah yang betul.
~ Pastikan kritikan itu tidak menjatuhkan maruah sesiapa.
~ Kritik dalam keadaan tenang tanpa beremosi.
~ Tukarkan kritikan kepada nasihat.
~ Penggunaan bahasa yang sopan dan tidak membebel.

Rumusannya, berhati-hatilah dengan teguran yang dibuat tanpa memikirkan diri sendiri tetapi fikirlah perasaan orang lain. Setiap yang dilakukan pasti ada balasannya. Oleh itu bersikaplah positif ketika mengkritik kerana anda pasti tahu kesannya.


1 Comment:

  1. Tanpa Nama said...
    haiii akak...hehe
    u tcr ya!!

Post a Comment