Mengkritik???

Terfikirkah anda yang setiap teguran yang anda berikan itu membina ataupun tidak???

Segelintir individu mendapat kepuasan dan kebahagiaan setelah menegur individu yang lain secara "pedas" di mana teguran itu mungkin mengguris perasaan individu terbabit. Bagaimana perasaan anda pabila orang lain menegur dengan kata-kata yang tidak wajar?

Bila bercakap tentang teguran, hakikatnya tiada siapa suka ditegur kerana ianya umpama satu kesalahan yang besar. Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, hatinya tetap terusik. Memang mudah bila dapat menegur dan mengkritik orang lain.

Walaupun kritikan itu membina, setiap individu itu mempunyai tafsiran yang berbeza. Teguran membina didefinasikan sebagai teguran berdasarkan matlamat tanpa melibatkan emosi dan perasaan. Teguran atau kritikan itu haruslah seimbang serta tiada niat untuk menjatuhkan maruah orang lain dengan tujuan memperbaiki setiap kekurangan yang ada.

Adakalanya amat sukar menerima teguran kerana beranggapan seseorang itu berniat tidak baik di sebalik teguran yang diberikan tetapi amat mudah menerima teguran dari seseorang yang kita hormati. Seandainya teguran itu datang daripada orang yang sukar dipercayai, maka amat sukar untuk kita menerimanya kerana ianya dianggap sebagai "cakap tak serupa bikin".

Anda mungkin boleh menerima teguran yang disulami dengan nasihat agar oerkara itu tidak berulang kembali dan mengabaikannya jika teguran yang diberikan terlalu menyalahkan serta cuba mencari kesalahan anda.

Sekiranya anda ingin menegur seseorang yang melakukan kesalahan ketika bekerja, letaklah diri anda di dalam keadaan rasional dan bukan terlalu beremosi. Ingatlah, kesilapan yang telah berlalu tidak akan mengubah keadaan tetapi sebaliknya nasihatlah tentang akibat daripada kejadian tersebut. Jadikannya sebagai panduan agar tidak berulang kembali.

Hindarilah dari menyalahkan orang lain serta menggunakan perkataan yang tidak manis didengar. Usahlah menegur dengan niat menjatuhkan tetapi tegurlah dengan niat memperbaiki keadaan tersebut. Usah mengkritik secara berlebihan kerana ia bakal mengundang permusahan.

Etika Mengkritik
~ Perlu jelas dengan matlamat kritikan kerana ia memandu ke arah yang betul.
~ Pastikan kritikan itu tidak menjatuhkan maruah sesiapa.
~ Kritik dalam keadaan tenang tanpa beremosi.
~ Tukarkan kritikan kepada nasihat.
~ Penggunaan bahasa yang sopan dan tidak membebel.

Rumusannya, berhati-hatilah dengan teguran yang dibuat tanpa memikirkan diri sendiri tetapi fikirlah perasaan orang lain. Setiap yang dilakukan pasti ada balasannya. Oleh itu bersikaplah positif ketika mengkritik kerana anda pasti tahu kesannya.



Salam semua....

Di ketika ini lagu Bidadari dendangan Anuar Zain, penyanyi kegemaran saya sedang berkumandangan di corong radio. Indah betul bait-bait yang terkandung dalam lagu tersebut disertai pula lontaran vokal penyanyi yang sering mencuit hati pendengar wanitanya….

Mendengar bait-bait lagu tu, hati saya tersentuh. Masih ada lagikah wanita yang begitu sempurna pada zaman ini ? Mmph….. susah untuk diperkatakan walaupun saya ini adalah seorang wanita.

Bercakap mengenai wanita yang sempurna, saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda beberapa informasi yang saya perolehi hasil dari pembacaan dan sedang saya praktikkan.

Bukan mudah untuk menjadi wanita yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya akan terbina sekiranya wanita itu mempunyai kekuatan untuk merubah dirinya (dari negatif ke positif) dan membenarkan dirinya menerima segala bentuk teguran yang membina. Hari ini, saya ingin menyentuh bab Karisma.

Tahukah anda bahawa Karisma adalah salah satu unsur keterampilan diri yang harus ada untuk menjadi seorang yang berjaya.

Saya percaya anda tentu pernah terpegun melihat seseorang yang bercakap di khalayak ramai atau terpengaruh dengannya kerana percaya yang dia mempunyai sesuatu yang meyakinkan. Itulah yang dipanggil Karisma.

Karisma sering dianggap sebagai suatu kuasa peribadi yang amat berharga. Seseorang yang berkarisma dapat mempengaruhi orang lain agar mengubah tingkah laku mereka samada ke arah positif atau sebaliknya. Kadang-kala hanya dengan penampilan sahaja dia berjaya mengubah orang lain agar terpengaruh dengannya. Itu belum lagi bila mendengar kata-kata yang dihamburkan.

Wah…. Hebat betul kuasa Karima ini bukan!

Karisma bukanlah terjadi sejak kita lahir tetapi ianya adalah imej yang haruslah dibentuk dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Karisma adalah satu unsur yang membuatkan kita percaya bahawa seseorang individu itu adalah orang yang berkelayakan, berilmu, pakar dan telus dalam penyampaiannya. Dalam kata lain ianya adalah salah satu ciri-ciri kepimpinan yang membolehkan kita menarik dan membina pengaruh di kalangan orang lain.

Unsur-unsur utama dalam pembinaan Karisma adalah :

Ilmu atau kepakaran ~ Seandainya anda diundang untuk memperkatakan sesuatu, pastikan anda benar-benar mahir dengan topik yang disentuh. Buatlah “homework” terlebih dahulu agar apa yang disampaikan tidak keluar dari topik.

Keikhlasan ~ Tunjukkan keikhlasan dalam apa jua perbuatan dan penyampaian agar orang yang berurusan dengan kita dapat merasakan ketulusan yang dipamerkan.

Imej diri ~ Pembentukan imej adalah amat penting kerana ianya mencerminkan keperibadian diri kita dan ini dapat membina keyakinan mereka yang melihat penampilan kita.
Oleh itu tepuk dada, tanyalah hati... adakah anda ingin berubah menjadi wanita yang sempurna? Jika jawapannya ya, maka mulakanlah dengan mendengar kritikan-kritikan yang membina dan sering-seringlah musabah diri dengan mengajukan soalan-soalan yang bakal melengkapkan anda untuk menjadi wanita yang sempurna dan muslimah yang berketerampilan.
Bersambung lagi di post yang akan datang dengan topik-topik motivasi yang lebih menarik.....






Selamat Berpuasa bagi semua Muslimin & Muslimat...
Mudah2-an dengan amalan berpuasa dapat menjana kekuatan mental & fizikal kita dalam apa jua yang dilakukan.
Amalan tidak memanjakan diri menurut katahati, puasa adalah amalan sufi utk melatih dan meningkatkan jatidiri.

Salam Perkenalan

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog pertama saya.



Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk menyumbangkan buah fikiran yang kekadang terlalu menghimpit di kotak fikiran dan diharap dengan adanya blog ini dapatlah buah fikiran ini dikongsi bersama pelawat-pelawat yang sudi menjengah ke blog ini.



Semoga segala coretan mahupun informasi yang dikemukakan dapatlah dimanafaati dan seandainya coretan saya menyinggung mana-mana pihak seribu kemaafan saya pohon.



Saya amat mengalu-alukan komen, teguran mahupun cadangan atau pendapat dari pembaca semua.



Semoga kita semua mendapat keberkatan hasil dari coretan yang dipaparkan di laman ini. Amin.....

;;